Halaman

Isnin, 21 Oktober 2013

apam2

salam.......dan selamat petang isnin.......saya nak kongsi resepi apam ini.......saya kan sudah berjanji.....janji kita kenalah tepati......selamat berapam.......:-)

resepi 3 : apam polkadot bahan-bahan

3 biji telur (gred A) - dari peti sejuk
270gm tepung gandum - tepung naik sendiri pun boleh
3 sudu teh baking powder - serbuk penaik
220gm gula halus - kalau hendak kurang manis gula perlu dikurangkan 
150ml susu segar @ susu cair @ susu rendah lemak @ susu penuh krim @ santan @ krim putar
1 sudu teh ovalette - boleh didapati di kedai menjual alatan membuat kek atau di pasaraya 
1/2 sudu teh esen vanila
15ml minyak masak - untuk mengelakkan apam melekat teruk di mangkuk kertas
inti blueberry@trawberry@kiwi@mangga@oren@kaya@mentega kacang-ikut pilihan anda
pewarna
mangkuk kertas secukupnya (saiz untuk 'almond london')

cara-cara
- panaskan pengukus dahulu
- putar telur dan gula halus sehingga sebati tidak perlu kembang
- masuk tepung dan serbuk penaik (ayak bersama) diselang-seli dengan susu segar
- masuk ovallete, esen vanila dan minyak putar sehingga sebati
- bahagi adunan beberapa warna yang disukai, masukkan ke dalam plastik piping, paip adunan dalam       mangkuk kertas (1/2 sahaja), masukkan inti, paip adunan tepung sehingga 3/4 dari mangkuk kertas (kalau adunan penuh nanti apam akan melempah keluar)
- kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.
- biarkan sejuk dan hidang (sesuai untuk minum pagi ataupun petang, untuk bekal anak-anak ke sekolah pun sesuai)

ps- bagi saya untuk membuat apam ini perlu ada kesabaran yang tinggi dan perlu kreatif kerana anak-anak ini ada imaginasi mereka sendiri kita sebagai ibu perlu merealisasikan permintaan tersebut......barulah anak-anak gembira.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

saya sangat-sangat menghargai kalian yang sudi memberikan komen membina di sini....terima kasih...