Halaman

Khamis, 31 Oktober 2013

muffin lagi


salam......tidak habi-habis dengan kisah muffin mama akma ini......ini kisah malam tadi suami dan saya sibuk bermuffin bukan satu tapi sampai empat.....ini muffin den bertingket-tingket (pinjam dari lagu duit den bertingket-tingket........)muffin ini hendak dibawa pulang ke kampung pada malam ini untuk kudapan anak-anak saya......sebab dua hero saya masih di kampung........

muffin den bertingket-tingket,,,,,,

muffin buah buahan kering resepi boleh ambil dekat sini muffin 2

muffin coklat chip pula boleh tengok dekat ini sedihnya.....
muffin beri biru(blueberry).....walaupun kejadiannya selepas masak tidak berapa cantik tetapi pujian dari en suami saya menyebabkan hilang penat lelah berhempas pulas pada malam tadi.......ini resepi untuk muffin ini.........

resepi 5 : muffin blueberi
INGREDIENTS
⅓ cup (75 mL) canola oil
½ cup (125 mL) honey
2 large eggs
1 ¼ cups (300 mL) 2% plain yogurt
1 teaspoon (5 mL) finely grated orange zest
1 cup (250 mL) whole wheat flour - saya tukar kepada tepung naik sendiri
1 cup (250 mL) all-purpose flour
2 teaspoons (10 mL) baking powder
1 teaspoon (5 mL) baking soda
1 teaspoon (5 mL) ground cinnamon
½ teaspoon (2 mL) salt
1 ½ cups (375 mL) fresh blueberries

DIRECTIONS
1. Preheat oven to 375 °F (190 °C) and line a 12-cup muffin tin (or 36 cup mini muffin tin) with paper liners (alternately, tins can be greased).
2. Whisk oil, honey, eggs, yogurt and orange zest to blend. In a separate bowl, combine flours, baking powder, baking soda, cinnamon and salt.
3. Add to yogurt mixture and stir just until blended. Add blueberries and spoon batter into prepared muffin cups.
4. Bake for 20 to 22 minutes, until muffins spring back when touched. Muffin will keep 2 days in an airtight container, or can be frozen.



muffin ini saya baru kali pertama saya buat masa dalam oven bentuk kejadiannya begini.......................................................naik gebu.......alhamdulillah apa-apa pun rasanya tetap sedap.....



Rabu, 30 Oktober 2013

salam

Salam dan selamat hari Rabu..........pejam celik pejam celik bulan Oktober sudah sampai di penguhujungnya......Dalam bulan ini ada kisah suka dan kisah duka kami......semoga semuanya berjalan dengan lancar.....dan semoga ujian yang menimpa kami memberikan kekuatan kepada kami......pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian......sunyi hatiku galau jiwaku.......terasa begitu sunyi dikala hati ini merindui mereka......betul lah kata orang anak-anak penghibur hati......pengubat lara......pengkritik yang hebat......

dalam komuter.......pakcik adan, adam, azim dan alif


MUHASABAH 2

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58



Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini: 

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

Aamiin Ya Allah.

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih, tiada kerugian bahkan digalakkan.

Ikhlaskanlah hatimu dalam menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah pentas, akhirat jua lah tempatnya yang sebenar.

- Share

Follow @ Like : www.facebook.com/DrAsmadi (Dr.saya mintak salin yer)

Khamis, 24 Oktober 2013

cheese tart

salam......gambar cheese tart ini sudah naik berhabuk.......layan jer......ini cheese tart kiwi.....saya buat untuk kudapan anak-anak.......makan petang.....ini cubaan pertama saya......boleh diperbaiki lagi.....puas makan.....



mamatripleaa81.blogsspot.com



mamatripleaa81.blogsspot.com

Rabu, 23 Oktober 2013

muhasabah

Fadhilat dan Hikmah beristighfar :


Firman Allah dalam surah An-Nisak ayat 110 yang bermaksud " Dan barangsiapa mengerjakan sesuatu kejahatan,atau menganiaya diri sendiri, kemudian ia memohon keampunan kepada Allah terhadap dosanya,nescaya dia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"

Sabda Rasullullah S.A.W pula yang bermaksud "Barangsiapa memperbanyak istighfar, nescaya Allah akan menghilangkan tiap-tiap kegelisahan mereka,melepaskan tiap-tiap kesempitan mereka dan memberinya rezeki secara tidak disangka-sangka"

sama-sama kita sebarkan ilmu yang bermanfaat dan jadikan amalan kita agar mndapat pahala buat saham kita di akhirat nanti. 

p/s:saya tak ingat dari siapa.......saya mohon share.....tidak silap saya ambil di muka buku saya.....

Isnin, 21 Oktober 2013

apam2

salam.......dan selamat petang isnin.......saya nak kongsi resepi apam ini.......saya kan sudah berjanji.....janji kita kenalah tepati......selamat berapam.......:-)

resepi 3 : apam polkadot bahan-bahan

3 biji telur (gred A) - dari peti sejuk
270gm tepung gandum - tepung naik sendiri pun boleh
3 sudu teh baking powder - serbuk penaik
220gm gula halus - kalau hendak kurang manis gula perlu dikurangkan 
150ml susu segar @ susu cair @ susu rendah lemak @ susu penuh krim @ santan @ krim putar
1 sudu teh ovalette - boleh didapati di kedai menjual alatan membuat kek atau di pasaraya 
1/2 sudu teh esen vanila
15ml minyak masak - untuk mengelakkan apam melekat teruk di mangkuk kertas
inti blueberry@trawberry@kiwi@mangga@oren@kaya@mentega kacang-ikut pilihan anda
pewarna
mangkuk kertas secukupnya (saiz untuk 'almond london')

cara-cara
- panaskan pengukus dahulu
- putar telur dan gula halus sehingga sebati tidak perlu kembang
- masuk tepung dan serbuk penaik (ayak bersama) diselang-seli dengan susu segar
- masuk ovallete, esen vanila dan minyak putar sehingga sebati
- bahagi adunan beberapa warna yang disukai, masukkan ke dalam plastik piping, paip adunan dalam       mangkuk kertas (1/2 sahaja), masukkan inti, paip adunan tepung sehingga 3/4 dari mangkuk kertas (kalau adunan penuh nanti apam akan melempah keluar)
- kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.
- biarkan sejuk dan hidang (sesuai untuk minum pagi ataupun petang, untuk bekal anak-anak ke sekolah pun sesuai)

ps- bagi saya untuk membuat apam ini perlu ada kesabaran yang tinggi dan perlu kreatif kerana anak-anak ini ada imaginasi mereka sendiri kita sebagai ibu perlu merealisasikan permintaan tersebut......barulah anak-anak gembira.......

Jumaat, 18 Oktober 2013

muffin 2

salam.di pagi jumaat.......cepatnya masa berlalu yea......pejam celik pejam celik sudah tengah bulan 10....tidak lama lagi masuk tahun baru....ini pun sudah dihujung minggu.....apa hendak dibuat yea dihujung minggu ini?buntu sekejap.......ini kisah malam tadi.....tiba-tiba terajin membuat muffin.....terima kasih kepada puan bos kerana memberikan resepi ini.......

resepi 2 : muffin buah-buahan

bahan-bahan a
290gm tepung serbaguna - tepung naik sendiri pun boleh
110gm gula kastor
90gm oat - saya tukar kepada nestum
1 sudu makan serbuk penaik

bahan-bahan b
250ml susu rendah lemak - saya tukar kepada susu penuh krim
200gm buah-buahan kering
65ml minyak - saya bubuh 70ml minyak
1 biji telur
1 sudu teh vanila
1/2 sudu teh serbuk kayu manis(pilihan)-saya ganti "coklate rice"

cara-cara
- campurkan semua bahan a ke dalam mangkuk, kacau sebati
- lubangkan tengah-tengah adunan kering dan masukkan telur, susu, minyak dan vanila, kacau perlahan-lahan
- masukkan buah kering dan kacau sehingga sebati
- sudukan ke dalam mangkuk kertas -saya dapat dalam 19 biji
- taburkan serbuk kayu manis diatas muffin
- bakar pada 200C selama 20 minit sehingga muffin masak keemasan.......

sedap, lembut dan tidak beberapa manis.....cuba lah untuk dibuat sarapan anak-anak sangat sesuai.....


Khamis, 17 Oktober 2013

rindu....serindu-rindunya.......

salam dan selamat petang.......hari ini hari khamis hari yang paling sibuk dari pagi sampai petang.....baru lega sedikit.....telefon dekat sini berdering tidak berhenti-henti.....erm kenapa rindu?bila ada depan mata bising bila sudah hilang baru tau betapa rindunya......itulah lumrah manusia tidak pernah bersyukur kan......siapa yang saya rindu?........saya rindu dekat dua orang budak kecil ini.......tidak sampai sehari sudah tidak keruan dibuatnya.......adam dan azim ikut wan dan aki balik kampung.......huhuhuhu......




Rabu, 16 Oktober 2013

apam

 salam dan selamat petang......jom layan nie.....warna-warni apam......nanti saya kongsi resepinya.....akan bersambung :-)














salam aidiladha

salam aidiladha 1434h.......tidak terlewat lagi kot untuk mengucapkannya......lagipun ditelevisyen masih ada takbir raya......kita raya kan 3 hari.....maaf le agak lambat sedikit untuk mengemaskini.......beberapa hari ini agak sibuk.....sepetang bersama anak-anak.....riang ria di taman tasik seksyen 7 shah alam.....

 adam dan azim tengah main bola....



 kenapa alif ?abang adam dan azim tak nak main dengan alif yea......

 4 hero dan cinta hati saya.....



 bersama anak saudara saya.......shaiedatul nur balqis........ambil aura anak perempuan...:-)

Jumaat, 11 Oktober 2013

cuci mata

salam di petang jumaat........terbuka gambar lama.....sudah perkasam jadinya.......hehehehe teringat zaman ini.....masa ini kurusnya saya.......jom layan........





 ini di sebelah lelaki (16 mac 2008)......kuning :-)


ini di sebelah perempuan (8 mac 2008) masa ini orang sibuk mengundi yang kita sibuk hendak nikah hehehhe........biru mendamaikan......


ini gambar bukan tampal-tampal ek, ini memang keadaan di sekeliling rumah saya.....asli.....




moga kita kekal ke akhir hayat......amin......

Khamis, 10 Oktober 2013

sedihnya.....

salam macam hendak menangis tapi apakan daya salah sendiri.........aduhai hilang la pulak......mana hendak cari.......ini adalah ulang tayang semula,maaf la kalau sesiapa yang pernah baca "entry"ini, ini di sebabkan kecuaian sendiri, seperti yang saya sudah beritahu blog ini adalah rujukan untuk saya menunjukkan kemahiran saya di dapur untuk keluarga saya.......bila resepi hilang mahu tidak gelabah dibuatnya......maaf sekali lagi......

resepi 1- muffin coklat cip (ini versi saya)
bahan-bahan

2 cawan tepung
1 cawan oat - tukar kepada nestum yang telah di'blender'-baki buat popia nestum raya puasa yang lepas
1 sudu besar serbuk penaik
1/2 sudu teh serbuk soda
1/2 sudu teh garam
1 cawan gula perang
1 sudu teh serbuk kayu manis - saya tidak bubuh, lagipun serbuk ini tiada stok dekat rumah
1 sudu teh serbuk buah pala - saya tidak bubuh, lagipun serbuk ini tiada stok dekat rumah
2 biji telur
1/2 cawan minyak - minyak masak pun boleh janji minyak masak yang baru (kalau hendak sedap bubuh minyak daisy atau mazola pun boleh)
11/2 cawan yogurt - saya tukar kepada whip cream dan perah limau kasturi (bagi naik rasa masam)/lemon;mana-mana boleh
1 sudu teh vanila
1 cawan parutan lobak merah (dalam 3 biji) - ini pun saya tukar.......saya bubuh coklat cip (anak-anak lagi suka).....kismis/parutan epal dengan lobak/epal sahaja pun boleh - terpulang ikut citarasa masing-masing.....

cara-cara

- panaskan oven pada suhu 350 darjah
- bahan kering (tepung, oat, serbuk penaik, serbuk soda, garam, gula perang, serbuk kayu manis dan serbuk pala) digaul sekali
- bahan basah(telur, minyak, yogurt dan esen vanila) digaulkan di dalam mangkuk yang lain sehingga sebati. masukkan parutan lobak dan akhir sekali bahan kering - kacau sebati
- sudukan ke mangkuk muffin (saya guna mengkuk kertas untuk buat apam polkadot).bakar selama 30 minit -kaedah ini pun saya tukar......muffin yang comel ini saya kukus selama 10 minit.


ini versi asal





INGREDIENTS

2 cups flour
1 cup oatmeal
1 tablespoon baking powder
½ teaspoon baking soda
½ teaspoon salt
1 cup brown sugar
1 teaspoon cinnamon
½ teaspoon nutmeg
2 eggs
½ cup oil
1 ½ cups yogurt
1 teaspoon vanilla extract
1 cup grated carrots (about 3)

DIRECTIONS

1. Preheat oven to 350 degrees.
2. Sift together flour, oatmeal, baking powder, baking soda, salt, brown sugar, cinnamon and nutmeg.
3. Mix eggs, oil, yogurt and vanilla in a large mixing bowl. Stir in carrots and then dry ingredients.
4. Spoon into 6 large or 12 regular sized muffin cups. Bake for 30 minutes.

http://www.foodnetwork.ca/recipe/oatmeal-muffins/6801/#g1EXqyzyIPmxFEiB.99

bak kata Chef Michael Smith feel free to stir your own ideas into this dish. When you cook it once, it becomes yours, so personalize it a bit. Add more of an ingredient you like or less of something you don’t like. Try substituting one ingredient for another. Remember words have no flavour, you have to add your own..........

saya memang suka derhaka kepada resepi asal......jangan kita takut untuk mengolah resepi asal jadilah diri kita sendiri.....yang penting suami dan anak-anak saya suka dan gembira........bila anak-anak makan dan berkata "erm sedapla mama, esok mama buat lagi yea".....rasa kembang kuncup hati ini......tapi sedih juga sebab gambar tidak sempat ambil,anak-anak dah tidak sabar untuk makan.......

Rabu, 9 Oktober 2013

hari-hari yang terlepas(2)......di bulan oktober

salam dan selamat petang ini sambungan hari-hari yang terlepas.......di bulan oktober......ada 3 versi kek untuk hari lahir saya......versi 1 istimewa daripada suami dan anak-anak saya, saya sangat teruja walaupun kecil tapi sangat sedap (kek ini memang tidak muak untuk menikmatinya) potong belum sampai waktunya sebab anak-anak sudah tidak sabar untuk makan.......versi 2 pulak dari tunang adik (Ekin Greena dan 
Shaiful Azam Ahmad).......sudah dekat pukul 12malam....rancangan mereka (tunang adik, adik lelaki, adik perempuan dan suaminya serta kawan adik lelaki dan keluarganya) bawa kawan-kawan dalam 3 orang lagi dan adik beradik saya ....memang saya sangat-sangat terkejut sebab datang ketuk rumah tengah-tengah malam, saya  ingat orang jual keropok ........erm rupanya mereka buat kejutan untuk saya .........dan versi 3 pulak kek coklat(homemade) dari pelajar praktikal di pejabat (NOOR HIDAYU ALI), terima kasih sekali lagi...tahun ini makan kek berhari-hari ganti untuk tahun lepas:-)....terima kasih banyak-banyak sayang semua...peace...:-)

kek versi 1: mirror coklate cake........



kek versi 2: indulgence cake........



kek versi 3: coklate cake(homemade)........





warna-warna

salam......ada apa dengan warna?Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum.
Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena psikologi.(sumber dari sini)..... Pada pandangan saya warna dapat memberi kita semangat, kecintaan, keterujaan dan kepelbagaian.....terdapat pelbagai warna di dalam kehidupan kita.......ada warna panas dan ada warna sejuk.......tanpa warna pasti hidup kita menjadi kelam dan suram.......





sumber imej dari google




 


Reds


Oranges


Yellows


Warm Neutrals


Blues


Violets


Cool Neutrals


Greens

Selasa, 8 Oktober 2013

aidifitri 2013 kg asam jawa

salam........mod nak raya....tidak lama lagi aidiladha menjelang, ambil mod raya..sebab raya haji tahun  ini tidak dapat balik beraya ke kampung saya sebab saya tidak dapat cuti.....huhuhu.....erm tahun ini raya pertama di asam jawa kuala selangor...ini gambar raya di rumah mentua......warna warni aidilfitri.......


kami sekeluarga.......orennya.......

bersama ipar duai dan anak saudara.....ini tak ada semua lagi, kalau ada semua kecoh jadinya hehehehe:-)

bersama emak mentua......

dekat asam jawa diorang buat baraan.......selalunya kampung yang penduduknya jawa akan buat baraan ini.....apa yang saya faham dengan baraan ini mereka beramai-ramai menziarahi kaum keluarga dikampung tersebut dengan menaiki motorsikal, berjalan kaki dan lain-lain.....tapi lebih cepat dan senang naik motorsikal.....apabila mereka sampai di satu rumah, mereka akan bertakbir sambil menziarahi tuan rumah tersebut.....saya tidak berkesempatan mengikutnya.....lagipun anak-anak saya masih kecil dan kaum perempuan dan lelaki tidak buat kumpulan yang sama.....perempuan akan ikut kumpulan perempuan dan lelaki akan pergi dengan kumpulan lelaki.......kalau saya salah maklumat saya mintak maaf....saya melihat dari apa yang saya lihat.......:-)