Halaman

Selasa, 26 November 2013

jom belajar deco

salam saya salin dari sini (blog kak ita masam manis) di antara blog yang saya suka teroka.....kak ita saya mohon salin supaya senang untuk rujukan saya yea kak.........

DECO

Tips dan penggunaan nozel dari Wilton

Round Decorating tips











Open Star Decorating Tips











Close Star Decorating Tips









Multi Opening Decorating Tips











Basketweave Decorating Tips










Leaf Decorating Tips












Ruffle Decorating Tips








Drop Flower Decorating Tips












Petal Decorating Tips












Left Handed Petal Tip Set



Left Handed Drop Flower Tip Set












Couplers











Using Couplers


Step 1
Tanggalkan ring daripada Coupler
Masukkan dalam piping bag hingga hujung
Tandakan bahagian yang hendak digunting
Step 2
Keluarkan coupler
Guntingkan bahagian yang telah ditandakan
Step 3
Masukkan semua coupler
Tolak coupler hingga ke hujung piping bag
Step 4
Masukkan nozel
Kemudian pasangkan atau skrukan semula ring pada coupler




Cara-cara mengisi krim dalam piping bag




Step 1
Pegang piping bag dengan tangan kiri
Kelepetkan bahagian mulutnya ke bawah dengan tangan kanan

Step 2
Dengan menggunakan spatula, masukkan cream ke dalam piping bag
Step 3
Keluarkan spatula dari bag dengan tangan kiri memegang spatula supaya krim
masuk semuanya dan spatula keluar dari piping bag dengan keadaan bersih

    Step 4
    Tutup kemas piping bag dengan memulas hujungnya






Cara-cara memegang piping bag


 90 darjah : Kedudukan tegak
Biasanya digunakan untuk membuat corak bintang, bunga leper dan ros



45 darjah : Sendeng 
Menyendeng sedikit dengan 2 jari memegang hujung untuk control piping bag.
Biasanya digunakan untuk menulis, membuat border, kudup bunga atau lain-lain 






Kaedah memotong kek kepada kepingan



Beberapa kaedah untuk anda memotong kek kepada kepingan:
-Menggunakan alat khas untuk memotong
-Menggunakan benang, tandakan dahulu dengan lidi
-Menandakan bahagian yang hendak dipotong dengan lidi dan kemudian memotong dengan pisau
-Menandakan atau memotong dahulu sekeliling bahagian kek ( anggaran 1 inc) yang hendak dipotong,
  kemudian potong perlahan-lahan mengikut tanda potongan yang telah di buat

Kaedah meletakkan krim dan melempa kek

a
b
c
d
e
f








Kaedah meletakkan garnache


-Letakkan kek yang telah di salut krim atas redai. 
-Pastikan kek yang bersalut krim itu telah di sejukkan sehingga krimnya mengeras terlebih dahulu.
-Alas redai dengan loyang yang lebih besar supaya lebihan garnache akan jatuh ke dalamnya.
-Tuangkan garnache atas kek, di tengah dahulu dan kemudian di tepi hingga ia mengalir dan menutupi keseluruhan kek
-Hentak-hentakkan redai supaya garnache rata 

Kaedah mengalihkan kek dari redai ke atas lapik kek 


Sediakan 2 kek spade, satu yang besar tapaknya yang biasa digunakan untuk mengangkat slice cake 
dan satu lagi yang  digunakan untuk meratakan cream pada kek

Letakkan lapik kek berhampiran dengan loyang kek yang di letak kek berganache tadi

Masukkan atau selitkan ke dua-dua kek spade tadi di bawah kek, yang ni bergantung pada keselesaan 
yang mana spade nak diletakkan sebelah kanan atau kiri

Bila dah kukuh kedudukannya angkat kek perlahan-lahan dan rendah sahaja dan terus letakkan 
atas lapik kek


Angkat cake spade yang kecil dan dengan perlahan tarik keluar cake spade yang besar dari bawah kek















Letakkan rapat kek atas lapik kek dengan kemas, kemudian dengan perlahan tarik keluar 
kek spade yang kecil 


Kaedah memotong kek cara ita



Untuk mendapatkan potongan kek yang cantik, terutamanya untuk 
kek krim, berganache, berkeju atau mousse cake.Ita menggunakan 
2 pisau di atas, anda tidak semestinya membeli pisau yang sama brand 
cukup sekadar sama dari segi bentuknya. Biasanya pisau bentuk 
bergini ada dijual di kedai jual bahan kek atau di pasaraya.



Ita lebih suka gunakan pisau yang halus sebelah kiri . Kerana permukaannya 
yang kurang geseran buatkan kek lebih cantik bila di potong.Pisau harus tajam dan nipis.



Dalam gambar ini ita hanya menggunakan kek biasa. Tapi kaedah ini adalah untuk
 memotong kek yang ita senaraikan di atas.

  
1. Mula-mula kita panaskan pisau atas api. ( dalam gambar ita gunakan lilin, tapi 
sebaiknya anda panaskan atas dapur) jangan terlalu panas sampai merah pula pisau
tu.. cukup sekadar menghangatkan mata pisau.


2. Letak pisau atas kek


3. Tekan pisau ke bawah



4. Jangan di sorong tarik pisau , tekan terus sampai bawah.













5. Bila dah capai dasar lapik kek baru tarik terus pisau keluar.



Pastikan anda mengelap mata pisau dengan tuala basah atau kitchen towel 
setiap kali hendak memotong potongan yang ke dua dan seterusnya.Ini mengelakkan
 kek anda comot.



Dan setiap kali hendak memotong kepingan yang lain, mata pisau hendaklah 
di panaskan lagi, bergitulah seterusnya.







p/s:terima kasih banyak-banyak......anda semua boleh lawati blog masam manis untuk mendapatkan maklumat lanjut....:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

saya sangat-sangat menghargai kalian yang sudi memberikan komen membina di sini....terima kasih...