Salam....ini hendak cerita pasal kek.........saya buat kek ini pada hujung minggu lepas di kampung halaman saya.....siap bawa balik semua barang untuk membuat 'cheese cake' ini.......
inilah hasil yang belum di bakar (tidak masak lagi).......
ini yang sudah masak tinggal hendak makan jer.....
Rasanya yang sangat sedap.....kek keju ini mencair di dalam mulut seperti kata abah saya macam makan aiskrim....dilimpahi pula coklat ganache di atasnya......memang sedap tidak terkata.....Ini resepi untuk kek keju ini.......saya buat 2 adunan sebab keluarga saya ramai.......kalau ikutkan resepi ini dapat 20 biji mangkuk(1 adunan resepi) saya dapat 40 biji lebih kurang........resepi ini saya ambil dalam suratkhabar metro tidak ingat berapa haribulan.....
resepi 4 : Resepi mudah kek keju
Bahan-bahannya
11 gm tepung kek
11 gm tepung jagung
Dua bekas gula halus (1 bekas- 33 gm dan 1 bekas lagi-57 gm)
2 biji kuning telur
125 ml susu segar (saya guna susu dalam kotak aje......Dutch Lady, Marigold, Anchor dan lain-lain lagi......)
75 ml krim segar (saya guna whip cream)
150 gm keju krim
18 gm keju parmesan
108 ml putih telur (disebabkan saya buat dua adunan telur putih ini dalam 5 ke 6 biji-gred A kalau tidak silap saya)
coklat ganache
250 gm coklat hitam atau putih (saya guna coklat susu)
250 gm krim segar
cara-caranya
ganache coklat
-didihkan krim segar dalam kuali.
-pecahkan coklat ke dalam mabgkuk besar.
-masukkan krim segar yang mendidih ke dalam mangkuk berisi coklat dan kacau sehingga kedua-duanya sebati.
kek keju
-panaskan ketuhar pada suhu 150 darjah ceicius(180 darjah celcius - ini ketuhar saya) terlebih dahulu.
-gabungkan tepung jagung dan tepung kek dalam mangkuk besar.
-masukkan 33 gm gula halus dan kuning telur kedalam mangkuk, kacau sebati.
-didihkan susu segar dan krim dalam kuali. kemudian campurkan kedalam mangkuk, kacau sebati.
-apabila sudah sebati, panaskan semua bahan tadi dalam kuali dengan api sederhana. kacau sehingga ia nampak berkrim, kemudian alih ke dalam mangkuk pembancuh.
-masukkan krim keju dan keju parmesan, kemudian kacau rata.
-masukkan semua gula halus yang tinggal dan putih telur ke dalam mangkuk pembancuh yang lain, kacau sehingga kental (saya ambil masa lebih kurang 15 minit dengan kelajuan maksimum-guna mixer......sehingga terbalik kan mangkuk meringue tidak jatuh)
-gabungkan campuran putih telur sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk pembancuh yang pertama,kaup balikkan sehingga sebati.
-masukkan campuran ke dalam beg piping dan picit ke dalam mangkuk. bakar selama 20 minit dalam ketuhar.
-hias dengan coklat ganache yang sudah disediakan terlebih dahulu......
Tidak cukup dengan kek keju ini saya sediakan satu kek lagi iaitu kek marble......asalnya kek mentega biasa.....pandai-pandai saya ubah sedikit resepinya......makan panas-panas dengan air teh o panas..... tidak sedar hampir habis sebiji kek marble kami makan.....keluarga saya jenisnya makan kek atau apa-apa kudapan termasuk kuih tradisional panas-panas......agaknya sudah terbiasa makan kuih panas-panas semasa zaman emak saya meniaga di Shah Alam dulu.......sekarang berjangkit pula dengan anak-anak saya.......
bahan-bahannya
210gm tepung kek
5 biji telur gred A
250 gm mentega atau marjerin
250 gm gula halus
1 sudu teh vanilla
2 sudu besar milo atau serbuk koko(yang asal tidak ada ini saya tambah sendiri)
cara-caranya
-panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius terlebih dahulu.
-pukul gula dan mentega sehingga sebati.(pakai tangan pun boleh - guna senduk kayu)
-masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sehingga sebati dan masukkan vanila, kacau sehingga sebati.
-masukkan tepung sedikit demi sedikit - kaupbalikkan adunan sehingga sebati.
-ambil sedikit adunan tepung ke dalam mangkuk kecil-dalam 3sudu besar, tambah kan milo atau serbuk koko kacau sebati.
-masukkan tepung yang asal ke dalam loyang(loyang perlu dilanserkan dengan mentega).
-adunan berwarna koko diletakkan di atas.
-bakar selama 50 minit sehingga masak.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan
saya sangat-sangat menghargai kalian yang sudi memberikan komen membina di sini....terima kasih...