Nama saya Shaeidatul Norakma Binti Ahmad, isteri kepada Aminuddin Bin Mohamed Saein dan mama kepada Muhammad Adam Haiqal, Muhammad Azim Iskandar dan Muhammad Alif Nazmi, 3 orang hero buah hati kami..Tanah tumpah darahku di Pahang Darul Makamur..bersekolah dan membesar serta membina keluarga di Selangor. Kenapa Mama D'best Delight (MDD)?kerana anak-anak saya selalu cakap mama best la bila saya menyediakan sebarang hidangan untuk mereka dan mereka akan berkata esok mama buat lagi, disebabkan itu maka lahirlah MDD ini...Saya seorang yang suka mencabar diri sendiri dan mencari kekuatan diri terutama di dalam bidang masakan.....Saya suka mencuba sesuatu yang baru dan saya suka melihat orang lain gembira bila mereka menikmati makanan tersebut....Blog ini adalah koleksi peribadi resepi saya dan cerita kami sekeluarga...
Memandangkan saya masih hijau di dunia bloging ini,masih banyak yang perlu saya perbaiki dan perkemaskannya lagi. Dengan ini saya penuh rasa rendah hati mengalu-alukan sumbangan idea, komen, teguran dan apa sahaja yang sesuai demi untuk memenuhi usaha dan memperbaiki lagi mutu dan kualiti blog ini....Mungkin tanpa saya sedar pandangan, idea atau hasil penulisan di dalam blog ini ada yang tidak disenangi dan dipersetujui ramai saya serendah-rendah hati memohon maaf......yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari saya.....Paling penting kita semua saling belajar antara satu sama lain dan saling tegur menegur satu sama lain. Sebarang teguran, pandangan atau apa-apa aje boleh lah email kepada saya di mamatripleaa81@gmail.com dan cari saya di https://www.facebook.com/shaeidatul fan page Mama d'best delight
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
saya sangat-sangat menghargai kalian yang sudi memberikan komen membina di sini....terima kasih...