Halaman

Jumaat, 13 Disember 2013

lauk

salam......sudah masuk pertengahan bulan Disember, tidak lama lagi tahun baru menjelma........dekat sini hujan....iye ler cuaca sekarang hujan tidak menentu.......beryukurlah kepada yang maha esa menurunkan rahmatnya kepada sekalian alam...........

jom layan lauk-lauk ini tamabahan pula makan dengan nasi panas.....memang sedap.....



ayam masam sambal versi saya......
untuk hidangan 4-5 orang
bahan-bahannya.....
8 ketul ayam yang telah dipotong dibersihkan dan ditoskan...
garam secukup rasa
minyak masak untuk mengoreng
bawang besar dalam 2 biji (ada setengah orang suka letak bawang banyak jadi boleh tambah lagi)
 ikut citarasa masing-masing
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 helai daun limau purut
2 sudu besar cili giling atau cili kering yang telah dikisar halus
2 sudu besar mayonis.....

cara-caranya
ambil ayam yang telah dibersihkan,letak garam-gaulkan sehingga sebati
panaskan minyak
goreng ayam sehingga kekuningan dan ketepikan-jangan terlalu masak
panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau
tumiskan lada sehingga pecah minyak
masukkan ayam yang telah digoreng tadi
masukkan mayonis dan daun limau purut
(rasa jika kurang masin tambahkan garam dan gula secubit)
hidangkan....

asam pedas ikan pari.......

bahan-bahannya
10 keping ikan pari yang telah dipotong kecil dan dibersihkan
minyak masak secukupnya-untuk menumis bahan tumisan
2 labu bawang besar-dikisar halus
2-3biji bawang putih-dikisar halu
cili kering-dikisar halus
bendi
bunga kantan
daun kesum
asam jawa
tomato-pilihan
garam secukup rasa

bebola dan sosej masak kicap lada hitam........

Selasa, 10 Disember 2013

deco2

salam.....dan selamat petang.......jom kita singgah sini.....boleh belajar buat bunga...kepada tuan rumah masam manis saya mintak izin untuk letak catatan akak dekat sini.....untuk rujukan saya.......kepada kawan-kawan boleh lawati web masam manis untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.......saya jamin anda akan terpegun dengan hasil tangan kak ita ini.......

Ini adalah catatan asal tuan rumah masam manis........
Ada 2 kaedah sebenarnya cara nak membuat bunga ros. Satu kaedah biasa yang sering kita lihat di mana bunga ros dengan kelopak kembang. Satu lagi bunga ros dengan kelopak kuncup. Cara nak mengolah kelopak pula ikut keselesaan masing-masing. Ada yang lebih selesa buat bunga dari luar ke dalam dan ada yang sebaliknya. 
Hari ini ita akan tunjukkan kedua-dua kaedah membuat bunga rose.


Mula kita perhatikan Nozel yang kita perlukan. Nozel yang di gunakan untuk kedua-dua kuntum bunga ros yang berlainan juga adalah berlainan saiz dan corak.

Untuk bunga ros biasa ( kembang) lihat nozel di sebelah kanan. Nozel yang biasa di gunakan ialah tips no 101, 102, 103 atau 104 mengikut saiz. Semakin besar bunga yang kita inginkan semakain besar saiz nozel yang kita perlukan. Tapi kebiasannya kita menggunakan tips no 104 untuk saiz bunga ros standard.

Untuk bunga ros kuncup pula, kita perhatikan nozel di sebelah kiri. Ia lebih melengkung seakan berbentuk bulan sabit. Tips nozelnya pula adalah 123 untuk nozel Wilton dan 2106 untuk nozel Tan See Fong.


Selain kita perlukan nozel. Kita juga perlukan nail seperti gambar di atas. 
Nail yang berbentuk seperti paku yang besar di perlukan juga kon biskut putih untuk membuat sekuntum bunga. 
Jika kita menggunakan nail bentuk paku payung pula kita tak perlukan kon biskut.
Nanti ita tunjukkan kaedah membuatnya.

Kaedah 1
Bunga Ros Kembang
Nozel Tips no 104


Letakkan Kon biskut pada nail paku
Untuk melekatkan dan menstabilkan kedudukan kon paipkan sedikit cream pada nail paku dan baru letakkan kon biskut. Ini merupakan sebagai gum supaya kon tidak bergerak semasa proses membuat bunga di jalankan.
Letakkan nozel dalam piping bag.
Gunting hujungnya untuk mengeluarkan nozel.
Letakkan buttercream yang kita telah dibancuh dengan warna pilihan

1. Perhatikan kedudukan nozel. Permukaan yang tirus di sebelah atas dan permukaan lubang yang besar di sebelah bawah
2. Perhatikan kaedah atau cara kita membentuk bunga. Pergerakkan tangan dari dalam ke luar dan dalam putaran huruf n.
3. Bentukkan dahulu kudup bunga di sebelah dalam. Kita hanya perlu mengerakkan nail dengan jari sahaja. Kedudukan tangan yang memeggang nozel masih di kedudukan sama. Hanya Nail sahaja yang di putar dengan pergerakkan jari.
4. Kemudian buat 3 kelopak dengan pergerakkan nozel dari dalam ke luar dan berbentuk n. Manakala kedudukan nail berputar sekali dengan pergerakkan nozel. Hanya jari sahaja yang mengerakkan nail.
5. Kemudian dengan cara sama, tapi kedudukan nozel di sendengkan sedikit bentukkan 5 kelopak lain pula
Begitulah seterusnya untuk lapisan kelopak yang luar sebanyak 7 kelopak.
6. Untuk mengalihkan bunga ke permukaan kek, kita hanya perlu menggunakan gunting kecil dan sepitkan pada kon dan alihkan ke atas kek.

Macam mana? mudah aje kan?
Sekarang ita akan tunjukkan pula banagaimana kaedah atau cara nak buat bunga yang kuncup pula.
Dengan kaedah yang sama kita masih lagi menggunakan kon biskut.

Kaedah 2
Bunga Ros Kuncup
Nozel Tips no 123



Letakkan Kon biskut pada nail paku
Untuk melekatkan dan menstabilkan kedudukan kon paipkan sedikit cream pada nail paku dan baru letakkan kon biskut. Ini merupakan sebagai gum supaya kon tidak bergerak semasa proses membuat bunga di jalankan.
Letakkan nozel dalam piping bag.
Gunting hujungnya untuk mengeluarkan nozel.
Letakkan buttercream yang kita telah dibancuh dengan warna pilihan

1. Perhatikan kedudukan nozel. Permukaan yang tirus di sebelah atas dan permukaan lubang yang besar di sebelah bawah
2. Perhatikan kaedah atau cara kita membentuk bunga. Pergerakkan tangan dari luar ke dalam dan dalam putaran huruf n.
Bentukkan dahulu kudup bunga di sebelah dalam. Kita hanya perlu mengerakkan nail dengan jari sahaja. Kedudukan tangan yang memeggang nozel masih di kedudukan sama. Hanya Nail sahaja yang di putar dengan pergerakkan jari.
3.  Kemudian buat 3 kelopak dengan pergerakkan nozel dari luar ke dalam dan berbentuk n. Manakala kedudukan nail berputar sekali dengan pergerakkan nozel. Hanya jari sahaja yang mengerakkan nail.
4. Kemudian dengan kaedah yang sama buatlah 5 kelopak dan 7 kelopak jika inginkan kuntuman bunga yang sedikit besar.
 5. Untuk mengalihkan bunga ke permukaan kek, kaedahnya sama juga seperti kaedah di atas, kita hanya perlu menggunakan gunting kecil dan sepitkan pada kon dan alihkan ke atas kek. 

Macam mana ? mudah aje kan?
Sekarang kita perhatikan pula kaedah membuat bunga dengan nail paku payung. 
Kaedah ni sama untuk membuat bunga kembang atau kuncup. Kita tak perlukan kon biskut sebaliknya menggunakan buttercream sebagai kon atau tapaknya
Jom kita perhatikan kaedahnya pula.

Kaedah 3
Bunga Ros Kuncup / Kembang
Menggunakan nail Paku Payung


Untuk kaedah ini tak kisahlah kita nak buat bunga ros kembang atau kuncup. Tapi jika nak buat Ros kembang kena guna Nozel tips no 104 dan kalau nak bunga kuncup guna nozel tips no 123.
Cuma kaedahnya berbeza tidak menggunakan kon biskut, sebaliknya kita guna sepenuhnya buttercream.

1. Kita perlukan nail paku payung
2. Letakkan buttercream dalam piping bag, gunting hujungnya dan paipkan atas nail bentuk kon. Bahagian dasar lebih besar dan lebar dari bahagian atas yang tirus dan berbentuk kon.
3. Masukkan nozel dalam pipng bag yang lain, gunting hujungnya dan letakkan buttercream dengan warna pilihan. Paipkan kudup bunga dahulu atas kun yang telah kita bentuk.
4. Kemudian buat 3 kelopak untuk bunga ros
5. Kedudukan putaran adalah seperti cara yang dah ita katakan sebelumnya jika bunga kuncup putaran dari luar ke dalam dan untuk bunga kembang dari dalam ke luar dan masih bentuk n.
6. teruskan dengan kelopak yang 5 dan 7.

Kaedah mengalihkan bunga dari naik ke atas kek


1. Masih menggunakan gunting, sepitkan dasar bunga , kepitkan sedikit gunting tapi bukan sampai gunting tertutup habis ya.
2. Kemudian seret bunga dari nail untuk alihkan kedudukkan dari nail ke atas gunting.
3. Dengan perlahan letakkan bunga atas permukaan kek secara sendeng dedudukan gunting.
4. Alihkan atau lunsurkan dengan lidi bersih

Ini adalah salah satu hasilnya.....cantik kan......


Jumaat, 6 Disember 2013

kudapan

salam.......layan gambar lagi........diantara kudapan yang selalu saya buat untuk anak-anak....


'choclate cake'.........

'kiwi tart'

apam polkadot

'cookies choclate chips'

kek coklat -resepi dr ezani materchef malaysia musim pertama........dan 'red velvet cake'.....sudah lama tidak buat 'red velvet cake' ini....

hobi

salam.....dan selamat pagi.....Jumaat yang sejuk.......sekarang telah tiba musim tengkujuh........marilah kita mendoakan supaya mangsa-mangsa banjir di negeri yang dilanda banjir semoga tabah menghadapi ujian ini....terutama di negeri kelahiran saya......di dalam hati sentiasa berdoa agar keluarga saya di pahang terutama di raub, kuantan, temerloh dan lain-lain lagi moga terselamat darpada bencana ini.....anak-anak saya di kampung jangan main hujan.......erm nampaknya macam sudah lama tidak mengemaskini rumah kecil saya ini.... jom kita tengok gamabar-gambar yang sudah lama sangat saya simpan.......ini adalah antara hantaran-hantaran kawan-kawan dan adik saya yang telah saya buatkan untuk mereka.....

tema merah hitam......ini majlis kawin kawan saya pada tahun 2011 kalau saya tidak silap....terima kasih kepada pn norzaidah.....


sirih junjung tema unggu......ini majlis tunang adik sahabat baik saya.......januari 2013.....terima kasih pn haslina ayob.....

yang ini adik perempuan saya yang punya......masa majlis bertunang mereka dulu pada tahun 2011......saya buat untuk kedua-dua belah pihak....pihak perempuan warna oren dan pihak lelaki warna unggu merah jambu......kecuali sirih junjung lelaki saya tidak buat.......keluarga lelaki yang buatkan.....

antara hantarannya......penuh rumah apabila hantaran hampir 40 lebih dulang.....

sirih junjung dengan bunga-bungaan yang segar......

manisan gula.....

bunga rampai.......

buah-buahan.......dan sayur-sayuran........mesti ramai orang tidak terfikir untuk menggunakan sayur-sayuran segar untuk menggantikan atau dicampur dengan buah-buahn......ini disebabkan adik saya henak tema oren juga......jenuh hendak mencari warna yang sesuai.........

'choclate homemade' saya.......

diantara barang hantaran untuk kedua-dua belah pihak yang hampir separuh penuh rumah saya........





ini manisan pulut manis yang saya gubah semasa majlis pernikahan saya pada 2008.......

ini bunga telur dipihak lelaki beri kepada saya.....idea untuk menggunakan buah epal menggantikan telur.....ini bukan saya yang buat.....ilham daripada kakak ipar saya.....


bila masa pulak makcik sorang ini suka membuat gubahan yer?sebenarnya saya bermula membuat gubahan ini dengan hantaran pertunangan saya dahulu, rasa puas apabila dapat menyiapkannya.....nanti saya cari dan masukkan gambar hantaran saya pula.......tapi saya tidak berani berjanji takut tidak dapat saya tepati......






Selasa, 26 November 2013

jom belajar deco

salam saya salin dari sini (blog kak ita masam manis) di antara blog yang saya suka teroka.....kak ita saya mohon salin supaya senang untuk rujukan saya yea kak.........

DECO

Tips dan penggunaan nozel dari Wilton

Round Decorating tips











Open Star Decorating Tips











Close Star Decorating Tips









Multi Opening Decorating Tips











Basketweave Decorating Tips










Leaf Decorating Tips












Ruffle Decorating Tips








Drop Flower Decorating Tips












Petal Decorating Tips












Left Handed Petal Tip Set



Left Handed Drop Flower Tip Set












Couplers











Using Couplers


Step 1
Tanggalkan ring daripada Coupler
Masukkan dalam piping bag hingga hujung
Tandakan bahagian yang hendak digunting
Step 2
Keluarkan coupler
Guntingkan bahagian yang telah ditandakan
Step 3
Masukkan semua coupler
Tolak coupler hingga ke hujung piping bag
Step 4
Masukkan nozel
Kemudian pasangkan atau skrukan semula ring pada coupler




Cara-cara mengisi krim dalam piping bag




Step 1
Pegang piping bag dengan tangan kiri
Kelepetkan bahagian mulutnya ke bawah dengan tangan kanan

Step 2
Dengan menggunakan spatula, masukkan cream ke dalam piping bag
Step 3
Keluarkan spatula dari bag dengan tangan kiri memegang spatula supaya krim
masuk semuanya dan spatula keluar dari piping bag dengan keadaan bersih

    Step 4
    Tutup kemas piping bag dengan memulas hujungnya






Cara-cara memegang piping bag


 90 darjah : Kedudukan tegak
Biasanya digunakan untuk membuat corak bintang, bunga leper dan ros



45 darjah : Sendeng 
Menyendeng sedikit dengan 2 jari memegang hujung untuk control piping bag.
Biasanya digunakan untuk menulis, membuat border, kudup bunga atau lain-lain 






Kaedah memotong kek kepada kepingan



Beberapa kaedah untuk anda memotong kek kepada kepingan:
-Menggunakan alat khas untuk memotong
-Menggunakan benang, tandakan dahulu dengan lidi
-Menandakan bahagian yang hendak dipotong dengan lidi dan kemudian memotong dengan pisau
-Menandakan atau memotong dahulu sekeliling bahagian kek ( anggaran 1 inc) yang hendak dipotong,
  kemudian potong perlahan-lahan mengikut tanda potongan yang telah di buat

Kaedah meletakkan krim dan melempa kek

a
b
c
d
e
f








Kaedah meletakkan garnache


-Letakkan kek yang telah di salut krim atas redai. 
-Pastikan kek yang bersalut krim itu telah di sejukkan sehingga krimnya mengeras terlebih dahulu.
-Alas redai dengan loyang yang lebih besar supaya lebihan garnache akan jatuh ke dalamnya.
-Tuangkan garnache atas kek, di tengah dahulu dan kemudian di tepi hingga ia mengalir dan menutupi keseluruhan kek
-Hentak-hentakkan redai supaya garnache rata 

Kaedah mengalihkan kek dari redai ke atas lapik kek 


Sediakan 2 kek spade, satu yang besar tapaknya yang biasa digunakan untuk mengangkat slice cake 
dan satu lagi yang  digunakan untuk meratakan cream pada kek

Letakkan lapik kek berhampiran dengan loyang kek yang di letak kek berganache tadi

Masukkan atau selitkan ke dua-dua kek spade tadi di bawah kek, yang ni bergantung pada keselesaan 
yang mana spade nak diletakkan sebelah kanan atau kiri

Bila dah kukuh kedudukannya angkat kek perlahan-lahan dan rendah sahaja dan terus letakkan 
atas lapik kek


Angkat cake spade yang kecil dan dengan perlahan tarik keluar cake spade yang besar dari bawah kek















Letakkan rapat kek atas lapik kek dengan kemas, kemudian dengan perlahan tarik keluar 
kek spade yang kecil 


Kaedah memotong kek cara ita



Untuk mendapatkan potongan kek yang cantik, terutamanya untuk 
kek krim, berganache, berkeju atau mousse cake.Ita menggunakan 
2 pisau di atas, anda tidak semestinya membeli pisau yang sama brand 
cukup sekadar sama dari segi bentuknya. Biasanya pisau bentuk 
bergini ada dijual di kedai jual bahan kek atau di pasaraya.



Ita lebih suka gunakan pisau yang halus sebelah kiri . Kerana permukaannya 
yang kurang geseran buatkan kek lebih cantik bila di potong.Pisau harus tajam dan nipis.



Dalam gambar ini ita hanya menggunakan kek biasa. Tapi kaedah ini adalah untuk
 memotong kek yang ita senaraikan di atas.

  
1. Mula-mula kita panaskan pisau atas api. ( dalam gambar ita gunakan lilin, tapi 
sebaiknya anda panaskan atas dapur) jangan terlalu panas sampai merah pula pisau
tu.. cukup sekadar menghangatkan mata pisau.


2. Letak pisau atas kek


3. Tekan pisau ke bawah



4. Jangan di sorong tarik pisau , tekan terus sampai bawah.













5. Bila dah capai dasar lapik kek baru tarik terus pisau keluar.



Pastikan anda mengelap mata pisau dengan tuala basah atau kitchen towel 
setiap kali hendak memotong potongan yang ke dua dan seterusnya.Ini mengelakkan
 kek anda comot.



Dan setiap kali hendak memotong kepingan yang lain, mata pisau hendaklah 
di panaskan lagi, bergitulah seterusnya.







p/s:terima kasih banyak-banyak......anda semua boleh lawati blog masam manis untuk mendapatkan maklumat lanjut....:-)