Halaman

Khamis, 22 Mei 2014

kemana menghilang.......

salam dah lama rasanya mama d'best delight menghilangkan diri.....merajuk membawa hati.....sampai bersarang dan bersawang dah rumah kecil ini......nampak sangat jauh merajuknya.....saya mintak maaf banyak-banyak memang betul sudah lama saya tidak menjengah kesini.....hari ini adalah permulaan yang baru insya allah saya akan berblog semula.....semoga kita berjumpa lagi dilain waktu.....

Jumaat, 13 Disember 2013

lauk

salam......sudah masuk pertengahan bulan Disember, tidak lama lagi tahun baru menjelma........dekat sini hujan....iye ler cuaca sekarang hujan tidak menentu.......beryukurlah kepada yang maha esa menurunkan rahmatnya kepada sekalian alam...........

jom layan lauk-lauk ini tamabahan pula makan dengan nasi panas.....memang sedap.....



ayam masam sambal versi saya......
untuk hidangan 4-5 orang
bahan-bahannya.....
8 ketul ayam yang telah dipotong dibersihkan dan ditoskan...
garam secukup rasa
minyak masak untuk mengoreng
bawang besar dalam 2 biji (ada setengah orang suka letak bawang banyak jadi boleh tambah lagi)
 ikut citarasa masing-masing
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 helai daun limau purut
2 sudu besar cili giling atau cili kering yang telah dikisar halus
2 sudu besar mayonis.....

cara-caranya
ambil ayam yang telah dibersihkan,letak garam-gaulkan sehingga sebati
panaskan minyak
goreng ayam sehingga kekuningan dan ketepikan-jangan terlalu masak
panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau
tumiskan lada sehingga pecah minyak
masukkan ayam yang telah digoreng tadi
masukkan mayonis dan daun limau purut
(rasa jika kurang masin tambahkan garam dan gula secubit)
hidangkan....

asam pedas ikan pari.......

bahan-bahannya
10 keping ikan pari yang telah dipotong kecil dan dibersihkan
minyak masak secukupnya-untuk menumis bahan tumisan
2 labu bawang besar-dikisar halus
2-3biji bawang putih-dikisar halu
cili kering-dikisar halus
bendi
bunga kantan
daun kesum
asam jawa
tomato-pilihan
garam secukup rasa

bebola dan sosej masak kicap lada hitam........

Selasa, 10 Disember 2013

deco2

salam.....dan selamat petang.......jom kita singgah sini.....boleh belajar buat bunga...kepada tuan rumah masam manis saya mintak izin untuk letak catatan akak dekat sini.....untuk rujukan saya.......kepada kawan-kawan boleh lawati web masam manis untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.......saya jamin anda akan terpegun dengan hasil tangan kak ita ini.......

Ini adalah catatan asal tuan rumah masam manis........
Ada 2 kaedah sebenarnya cara nak membuat bunga ros. Satu kaedah biasa yang sering kita lihat di mana bunga ros dengan kelopak kembang. Satu lagi bunga ros dengan kelopak kuncup. Cara nak mengolah kelopak pula ikut keselesaan masing-masing. Ada yang lebih selesa buat bunga dari luar ke dalam dan ada yang sebaliknya. 
Hari ini ita akan tunjukkan kedua-dua kaedah membuat bunga rose.


Mula kita perhatikan Nozel yang kita perlukan. Nozel yang di gunakan untuk kedua-dua kuntum bunga ros yang berlainan juga adalah berlainan saiz dan corak.

Untuk bunga ros biasa ( kembang) lihat nozel di sebelah kanan. Nozel yang biasa di gunakan ialah tips no 101, 102, 103 atau 104 mengikut saiz. Semakin besar bunga yang kita inginkan semakain besar saiz nozel yang kita perlukan. Tapi kebiasannya kita menggunakan tips no 104 untuk saiz bunga ros standard.

Untuk bunga ros kuncup pula, kita perhatikan nozel di sebelah kiri. Ia lebih melengkung seakan berbentuk bulan sabit. Tips nozelnya pula adalah 123 untuk nozel Wilton dan 2106 untuk nozel Tan See Fong.


Selain kita perlukan nozel. Kita juga perlukan nail seperti gambar di atas. 
Nail yang berbentuk seperti paku yang besar di perlukan juga kon biskut putih untuk membuat sekuntum bunga. 
Jika kita menggunakan nail bentuk paku payung pula kita tak perlukan kon biskut.
Nanti ita tunjukkan kaedah membuatnya.

Kaedah 1
Bunga Ros Kembang
Nozel Tips no 104


Letakkan Kon biskut pada nail paku
Untuk melekatkan dan menstabilkan kedudukan kon paipkan sedikit cream pada nail paku dan baru letakkan kon biskut. Ini merupakan sebagai gum supaya kon tidak bergerak semasa proses membuat bunga di jalankan.
Letakkan nozel dalam piping bag.
Gunting hujungnya untuk mengeluarkan nozel.
Letakkan buttercream yang kita telah dibancuh dengan warna pilihan

1. Perhatikan kedudukan nozel. Permukaan yang tirus di sebelah atas dan permukaan lubang yang besar di sebelah bawah
2. Perhatikan kaedah atau cara kita membentuk bunga. Pergerakkan tangan dari dalam ke luar dan dalam putaran huruf n.
3. Bentukkan dahulu kudup bunga di sebelah dalam. Kita hanya perlu mengerakkan nail dengan jari sahaja. Kedudukan tangan yang memeggang nozel masih di kedudukan sama. Hanya Nail sahaja yang di putar dengan pergerakkan jari.
4. Kemudian buat 3 kelopak dengan pergerakkan nozel dari dalam ke luar dan berbentuk n. Manakala kedudukan nail berputar sekali dengan pergerakkan nozel. Hanya jari sahaja yang mengerakkan nail.
5. Kemudian dengan cara sama, tapi kedudukan nozel di sendengkan sedikit bentukkan 5 kelopak lain pula
Begitulah seterusnya untuk lapisan kelopak yang luar sebanyak 7 kelopak.
6. Untuk mengalihkan bunga ke permukaan kek, kita hanya perlu menggunakan gunting kecil dan sepitkan pada kon dan alihkan ke atas kek.

Macam mana? mudah aje kan?
Sekarang ita akan tunjukkan pula banagaimana kaedah atau cara nak buat bunga yang kuncup pula.
Dengan kaedah yang sama kita masih lagi menggunakan kon biskut.

Kaedah 2
Bunga Ros Kuncup
Nozel Tips no 123



Letakkan Kon biskut pada nail paku
Untuk melekatkan dan menstabilkan kedudukan kon paipkan sedikit cream pada nail paku dan baru letakkan kon biskut. Ini merupakan sebagai gum supaya kon tidak bergerak semasa proses membuat bunga di jalankan.
Letakkan nozel dalam piping bag.
Gunting hujungnya untuk mengeluarkan nozel.
Letakkan buttercream yang kita telah dibancuh dengan warna pilihan

1. Perhatikan kedudukan nozel. Permukaan yang tirus di sebelah atas dan permukaan lubang yang besar di sebelah bawah
2. Perhatikan kaedah atau cara kita membentuk bunga. Pergerakkan tangan dari luar ke dalam dan dalam putaran huruf n.
Bentukkan dahulu kudup bunga di sebelah dalam. Kita hanya perlu mengerakkan nail dengan jari sahaja. Kedudukan tangan yang memeggang nozel masih di kedudukan sama. Hanya Nail sahaja yang di putar dengan pergerakkan jari.
3.  Kemudian buat 3 kelopak dengan pergerakkan nozel dari luar ke dalam dan berbentuk n. Manakala kedudukan nail berputar sekali dengan pergerakkan nozel. Hanya jari sahaja yang mengerakkan nail.
4. Kemudian dengan kaedah yang sama buatlah 5 kelopak dan 7 kelopak jika inginkan kuntuman bunga yang sedikit besar.
 5. Untuk mengalihkan bunga ke permukaan kek, kaedahnya sama juga seperti kaedah di atas, kita hanya perlu menggunakan gunting kecil dan sepitkan pada kon dan alihkan ke atas kek. 

Macam mana ? mudah aje kan?
Sekarang kita perhatikan pula kaedah membuat bunga dengan nail paku payung. 
Kaedah ni sama untuk membuat bunga kembang atau kuncup. Kita tak perlukan kon biskut sebaliknya menggunakan buttercream sebagai kon atau tapaknya
Jom kita perhatikan kaedahnya pula.

Kaedah 3
Bunga Ros Kuncup / Kembang
Menggunakan nail Paku Payung


Untuk kaedah ini tak kisahlah kita nak buat bunga ros kembang atau kuncup. Tapi jika nak buat Ros kembang kena guna Nozel tips no 104 dan kalau nak bunga kuncup guna nozel tips no 123.
Cuma kaedahnya berbeza tidak menggunakan kon biskut, sebaliknya kita guna sepenuhnya buttercream.

1. Kita perlukan nail paku payung
2. Letakkan buttercream dalam piping bag, gunting hujungnya dan paipkan atas nail bentuk kon. Bahagian dasar lebih besar dan lebar dari bahagian atas yang tirus dan berbentuk kon.
3. Masukkan nozel dalam pipng bag yang lain, gunting hujungnya dan letakkan buttercream dengan warna pilihan. Paipkan kudup bunga dahulu atas kun yang telah kita bentuk.
4. Kemudian buat 3 kelopak untuk bunga ros
5. Kedudukan putaran adalah seperti cara yang dah ita katakan sebelumnya jika bunga kuncup putaran dari luar ke dalam dan untuk bunga kembang dari dalam ke luar dan masih bentuk n.
6. teruskan dengan kelopak yang 5 dan 7.

Kaedah mengalihkan bunga dari naik ke atas kek


1. Masih menggunakan gunting, sepitkan dasar bunga , kepitkan sedikit gunting tapi bukan sampai gunting tertutup habis ya.
2. Kemudian seret bunga dari nail untuk alihkan kedudukkan dari nail ke atas gunting.
3. Dengan perlahan letakkan bunga atas permukaan kek secara sendeng dedudukan gunting.
4. Alihkan atau lunsurkan dengan lidi bersih

Ini adalah salah satu hasilnya.....cantik kan......